Nikon, yang pertama seumpamnya. Baru - baru ini Nikon melancarkan kamera terbaru mereka iaitu Nikon V1 dan J1. Antara kelebihan yang terdapat pada kamera ini adalah ukuran sensor gambarnye yang bersaiz 1inci. Selain itu ukuran sensor ini ber-crop factor 2.7x, ini bermakna ia lebih kecil dari kamera DSLR yang ada di pasaran sekitar 1.5x atau kamera Nikon full frame FX 1x. Ukuran sensor sesebuah kamera memainkan peranan atau pengaruh yang besar atas kualiti gambar terutama ISO tinggi. Disamping itu juga, relatif lebih sukar mendapatkan gambar dengan latar belakang kabur. Kelebihan sensor kecil adalah jangkauannya yang lebih panjang jika kita memakai lensa DSLR. Antara perbezaan antara Nikon V1 dengan J1 adalah Nikon V1 memiliki jendela bidik elektronik dan berukuran lebih besar berbanding dengan Nikon J1.Selain itu, Nikon juga meluncurkan 4 lensa baru dan sebuah adapter untuk lensa DSLR Nikon. Harga sekitar RM 2000 ke RM3000 bergantung kepada jenis kamera.
 |
Nikon J1 |
 |
Nikon V1 |
 |
Lens Nikon 1 |