Salam...Lagi produk terbaru. Cisco, kembali meluncurkan tiga rangkaian terbaru switch Linksys mereka iaitu Linksys SE1500 5-Port Fast Ethernet Switch, Linksys SE2500 5-Port Gigabit Switch, dan Linksys SE2800 8-Port Gigabit Switch.
Peranti terbaru ini mempunyai kelebihan untuk memperluaskan jaringan rumah dan memberikan kemudahan untuk menghubungkan peranti lain melalui sambungan kabel seperti komputer, printer, peranti storan, scanner, console game dan tv internet.

Selain itu, Linksys SE2800 dan SE2500 juga mampu menampung kelajuan sehingga 1000 Mbps iaitu 10 kali ganda lebih laju dari Ethernet biasa serta sesuai untuk perkongsian fail dan media yang pantas. Dengan menggunakan teknologi kepentingan trafik QoS untuk mengesan port secara automotik bagi mengoptimakan kelajuannya bagi setiap peranti yang disambungkan. Manakala untuk SE1500 kelajuan yang mampu dicapai adalah 100 Mbps dengan sambungan berwayar. Disamping itu ia juga mempunyai ciri padam sendiri automatik jika ada port yang tidak digunakan selain mod tidur untuk port yang tidak digunakan dan penjimatan kuasa bagi port kegunaan sementara.

Harga untuk peranti ini adalah RM 220.00 untuk Linksys SE2800, RM 150.00 untuk Linksys SE2500 dan RM 90.00 untuk Linksys SE1500.
0 ulasan:
Catat Ulasan