Salam...Percayakah anda, bateri-bateri rosak boleh digunakan semula. (buka bateri ko tapi bateri yang tidak tahan lama apabila dicaj)
Tahukah anda , bateri-bateri yang boleh dicas semula sahaja (rechargeable battery only ) Seperti bateri telefon bimbit , digital camera, video camera , alat-alat permainan elektronik dan lain-lain lagi masih boleh digunakan semula walaupun sekarang anda dapati ia sudah tidak dapat lagi menyimpan cas kerana bateri-bateri itu sudah lama diulangkali cas maka jangka hayat penyimpanan casnya akan hilang disebabkan struktur molekul dalam bateri tersebut sudah tidak padat dan teratur untuk penyimpanan cas. Tolong jangan buang bateri tersebut, saya akan mengajar anda cara-cara memperbaiki susunan struktur molekul supaya ia boleh digunakan semula seperti keadaan sebelumnya. Anda dapat membaikpulihnya semula dengan cara……
Discaskan bateri tersebut ( pasang bateri pada peralatan sehingga cas dalam bateri hilang kesemuanya) Kemudian, bungkuskan bateri yang telah discas (dibuang cas) itu dengan kertas atau suratkhabar dan simpankannya ke dalam peti sejuk bahagia pembekuan air batu selama 3 hari. Selepas itu, keluarkan bateri tersebut dari peti sejuk dan biarkan ia hilang kesejukannya di luar selama 1 hari .Selepas semuanya selesai, anda boleh mengecas semula bateri tersebut sehingga penuh dan digunakan semula seperti sebelumnya.
Perhatian :-
Hanya bateri pepejal ( isinya pepejal juga ) yang boleh dicas semula ( rechargeable battery only ) sahaja boleh
mengguna cara begini. Bateri kereta atau bateri-bateri lain yang bercecair tidak boleh digunakan dengan cara begini. Sekian sahaja. Kalau ada tips lain nanti saya kongsi lagi.
Sabtu, 3 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan