Dengan 36x (24-864mm) optical zoom, Olympus SP-810UZ merupakan kamera compact yang memiliki optikal zoom terpanjang di dunia. Kamera ini dapat membantu anda untuk mengambil gambar objek yang cukup jauh. Untuk dukungan superzoom tersebut, Olympus SP-810UZ dibekalkan dengan lensa berukuran cukup panjang iaitu dari 24 mm hingga 864 mm. Selain itu, tipe sensor yang digunakan berupa tipe sensor CCD dengan resolusi efektif sebesar 14 megapixel yang mampu menghasilkan kualiti imej yang cukup tajam.
Beberapa mode ketika bergambar yang dimiliki kamera prosumer ini cukup menarik, di antaranya, Scene modes, Panorama, dan 3D Photos. Selain itu, salah satu mode yang paling menarik adalah Magic Filter. Mode ini memiliki beberapa feature yang dapat digunakan untuk mengolah imej, seperti Fisheye, Pop Art, Pin Hole, Soft Focus, Water Color, dan lainnya.
Dengan menggunakan layar LCD berukuran 3 inci, Olympus SP-810UZ dapat memudahkan anda ketika menggunakan mode video recording. Untuk kualiti video yang dihasilkan pula, kamera ini mampu menghasilkan kualiti video HD 720p. Disamping itu, kamera ini sesuai menemani perjalanan anda untuk mendokumentasikan tiap pemandangan atau monumen yang anda temui dengan jelas, baik gambar mahupun video. Olympus SP-810UZ ini akan dilancarkan awal September ini dengan harga anggaran RM 983.00.
0 ulasan:
Catat Ulasan