Salam semua, baru - baru ini Western Digital (WD) mengumumkan bahwa generasi terbaru dari produk external hard drive mereka iaitu My Book Studio yang disesuaikan dengan komputer Mac dan Apple Time Machine.
Produk ini tersedia dengan kapasiti storan 3 TB. Besar tu....Rekabentuk kekisi aluminiumnya sesuai dengan penampilan komputer Mac dan ia juga berfungsi meyejukan drive ketika digunakan. Selain itu, ia juga menggunakan pemacu WD Caviar Green membuatkan kipas luaran tidak diperlukan semasa digunakan sekaligus mengurangkan bunyi bising dan memanjangkan jangkan hayat pemacu tersebut.
Selain itu, external hard drive My Book Studio merangkumi semua aspek dan kelebihan yang membuatkannya menjadi salah satu penggemar di kalangan profesional kreatif dan pengguna komputer Mac, termasuk Firewire 800/400 dan USB 2.0 interface, perisian simpanan automatik, pengurusan pemacu, perlindungan kata laluan serta enkripsi perkakasan.
Apa yang saya tahu, WD My Book Studio hadir dengan kapasiti storan 1TB, 2TB dan 3TB dan harga yang disarankan adalah RM 399 untuk 1TB, RM 509 untuk 2TB dan RM 669 untuk 3TB. Bagi saya harga tu ok lah kan, kira harga yang mampu dimiliki.
Jumaat, 2 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan