Windows Phone Nokia, Ini merupakan kali pertama Nokia memperkenalkan secara rasminya telefon bimbit Windows. Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Stephen Elop mendedahkan bahawa Windows Phone Nokia ini diterima baik oleh mereka yang bernasib baik untuk menggunakannya lebih awal. "Mereka yang telah menggunakan Windows Phone Nokia ini sangat optimis mengenai pasaran dan peluang jangka panjang telefon bimbit Nokia ini," kata Elop. Elop juga mendedahkan bahawa Nokia merancang untuk meluaskan pasaran Windows Phone Nokia setiap suku tahun akan datang. Windows Phone Nokia yang pertama , "Sea Ray" menjadi isuhangat apabila ia bocor di internet bulan lepas selepas Elop menunjukkan telefon bimbit tersebut pada mesyuarat dalaman syarikat. Telefon bimbit ini dijangka boleh didapati pada akhir tahun ini. Reka bentuk telefon bimbit ini hampir sama dengan Nokia N9 yang diumumkan baru-baru ini. Telefon bimbit ini mempunyai ciri-ciri seperti “gorilla glass”,” pillow shaped backing” dan kamera Carl Ziess 8MP.
Nokia merancang untuk mengadakan persidangan tahunan Nokia World pada 26-27 Oktober di London. Nokia World biasanya digunakan untuk melancarkan produk baru sebelum musim cuti. Nokia merancang untuk melancarkan Windows Phone Nokia pertama di enam negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Belanda. Telefon bimbit Windows Nokia kini dilabelkan dengan "W" (untuk Windows).
0 ulasan:
Catat Ulasan