
Menarik tak? tentu ramai yang suka dengan rekabentuk Sony yang baru inikan? Untuk pengetahuan semua, Sony baru sahaja melancarkan Sony NWZ-A860 iaitu pemain walkman yang menawarkan pengalaman audio terbaik. Ia juga mempunyai aliran Bluetooth, skrin sesentuh audio, video dan perkongsian foto tanpa wayar. Selain itu, peranti ini juga menggunakan teknologi Sony Clear Audio yang terdiri dari Dynamic Sound Enhancement Engine, Clear Stereo dan Clear Bass Audio Technologies untuk bunyi yang bagus. Teknologi baru New S-Master MX mengurangkan tahap gangguan audio dan pengalaman bunyi lebih baik. Terdapat toucscreen 2.8 inci WOVGA 400 x 240 TFT yang menjanjikan gambar penuh warna
. Dengan ciri Photo Transfer, pengguna boleh berkongsi foto dengan peranti berkeupayaan Bluetooth. NWZ-A860 didatangkan dalam dua kapasiti iaitu 8GB dan 16GB. Harga anggaranya ialah RM 535 untuk 8GB dan RM 650 untuk 16GB.
0 ulasan:
Catat Ulasan