Sabtu, 10 Disember 2011

NIKON V1 DAN J1


Nikon, yang pertama seumpamnya. Baru - baru ini Nikon melancarkan kamera terbaru mereka iaitu Nikon V1 dan J1.  Antara kelebihan yang terdapat pada kamera ini adalah ukuran sensor gambarnye yang bersaiz 1inci. Selain itu ukuran sensor ini ber-crop factor 2.7x, ini bermakna ia lebih kecil dari kamera DSLR yang ada di pasaran sekitar 1.5x atau kamera Nikon full frame FX 1x. Ukuran sensor sesebuah kamera memainkan peranan atau pengaruh yang besar atas kualiti gambar terutama ISO tinggi. Disamping itu juga, relatif lebih sukar mendapatkan gambar dengan latar belakang kabur. Kelebihan sensor kecil adalah jangkauannya yang lebih panjang jika kita memakai lensa DSLR. Antara perbezaan antara Nikon V1 dengan J1 adalah Nikon V1 memiliki jendela bidik elektronik dan berukuran lebih besar berbanding dengan Nikon J1.Selain itu, Nikon juga meluncurkan 4 lensa baru dan sebuah adapter untuk lensa DSLR Nikon. Harga sekitar RM 2000 ke RM3000 bergantung kepada jenis kamera.
Nikon J1
Nikon V1

















Lens Nikon 1


                                

Khamis, 13 Oktober 2011

Wi-Drive


Kingston melancarkan peranti storan terbaru yang bernama Wi-Drive. Ia merupakan peranti storan yang dicipta untuk mengatasi keperluan penyimpanan data yang terus meningkat bagi pengguna gadget berjenama Apple seperti iPad, iPhone dan iPod touch. 
Fungsiwi-Drive memb olehkan pengguna mengakses kandungan digital penting tanpa bergantung kepada sistem talian atau servis awam. Wi-Drive dilengkapi dengan aplikasi dari App Store, yang membenarkan pengguna untuk melakukan video streaming, akses muzik atau pelbagai file dengan pemilik perangkat Apple lainnya. Dengan ukuran yang kecil dan berat hanya 80 gram, drive ini cukup mudah untuk disimpan ke dalam poket. Selain itu, Wi-Drive menggunakan teknologi Flash untuk menyimpan data dari USB yang  bersambung dengan PC.
Oleh itu, Kingston Wi-Drive merupakan penyelesaian kepada pengguna iPad, iPhone dan iPod touch yang merasa mereka dibatasi oleh kapasiti penyimpanan mereka pada masa ini. Wi-Drive hadir dengan pilihan kapasiti 16 GB( $ 130) dan 32 GB ( $ 175).

Isnin, 12 September 2011

Panasonic Lumix DMC G3


Panasonic melancarkan kamera digital terbaru mereka iaitu Lumix DMC-G3. Untuk mengetahuan semua, kamera ini merupakan kamera DSLR yang paling ringan jika dibandingkan dengan kamera DSLR di pasaran kerana body Lumix DMC-G3 lebih ringan dan kecil. Selain itu, Lumix G3 memiliki sensor sebesar 16.7MP CMOS (saiz standard Micro Pour Thirds), keupayaan ISO 160-6400, rakaman berterusan pada 4 fps (20fps pada 4MP), serta kemampuan merakam video secara berterusan full HD 1080i60 (daripada output 30p) dengan format AVCHD. Ia juga mempunyai mod pilihan AF serta mod video jejakan AF.

Kamera 'hybrid' ini termasuk dalam kumpulan mudah digunakan baik bagi fotografer permula ataupun profesional. Dengan Lumix G3, ia mempunyai LCD layar sentuh yang melengkapi ciri menarik bagi fotografer. Ia juga menggunakan teknologi Intelligent LCD kamera dimana ini mampu menampilkan level kejernihan sehingga 1.440.000 dot equivalent. Selain itu, layar LCD dapat diputar sehingga 180 darjah dan diangkat 270 darjah. Produk ini terlah berada dipasaran pada Jun 2011 dengan harga sekitar RM 2200 (14-42mm lensa kit).

Sabtu, 10 September 2011

Windows Phone Nokia




Windows Phone Nokia, Ini merupakan kali pertama Nokia memperkenalkan secara rasminya  telefon bimbit Windows. Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Stephen Elop  mendedahkan bahawa Windows Phone Nokia ini diterima baik oleh mereka yang bernasib baik untuk menggunakannya lebih awal. "Mereka yang telah menggunakan Windows Phone Nokia  ini sangat optimis mengenai pasaran dan peluang jangka panjang telefon bimbit  Nokia ini," kata Elop. Elop juga mendedahkan bahawa Nokia merancang untuk meluaskan pasaran Windows Phone Nokia setiap suku tahun akan datang. Windows Phone Nokia yang pertama , "Sea Ray" menjadi isuhangat apabila ia bocor di internet bulan lepas selepas Elop menunjukkan telefon bimbit  tersebut pada mesyuarat dalaman syarikat. Telefon bimbit ini dijangka boleh didapati pada akhir tahun ini. Reka bentuk   telefon bimbit  ini hampir sama dengan Nokia N9 yang diumumkan baru-baru ini. Telefon bimbit ini mempunyai  ciri-ciri seperti  “gorilla glass”,” pillow shaped backing” dan kamera Carl Ziess  8MP.

Nokia merancang untuk mengadakan persidangan tahunan Nokia World pada 26-27 Oktober  di London. Nokia World biasanya digunakan untuk melancarkan produk baru sebelum musim cuti. Nokia merancang untuk melancarkan Windows Phone Nokia pertama di enam negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom dan Belanda. Telefon bimbit Windows Nokia kini dilabelkan dengan "W" (untuk Windows).   

 

Isnin, 5 September 2011

Olympus SP-810UZ


Salam semua, satu lagi kamera yang baru dilancarkan iaitu Olympus SP-810UZ. Ia merupakan kamera compact seri terbaru dari seri SP pendahulunya yang sama-sama memiliki teknologi superzoom. 

Dengan 36x (24-864mm) optical zoom, Olympus SP-810UZ merupakan kamera compact yang memiliki optikal zoom terpanjang di dunia. Kamera ini dapat membantu anda untuk mengambil gambar objek yang cukup jauh. Untuk dukungan superzoom tersebut, Olympus SP-810UZ dibekalkan dengan lensa berukuran cukup panjang iaitu dari 24 mm hingga 864 mm. Selain itu, tipe sensor yang digunakan berupa tipe sensor CCD dengan resolusi efektif sebesar 14 megapixel yang mampu menghasilkan kualiti imej yang cukup tajam.

Beberapa mode ketika bergambar yang dimiliki kamera prosumer ini cukup menarik, di antaranya, Scene modes, Panorama, dan 3D Photos. Selain itu, salah satu mode yang paling menarik adalah Magic Filter. Mode ini memiliki beberapa feature yang dapat digunakan untuk mengolah imej, seperti Fisheye, Pop Art, Pin Hole, Soft Focus, Water Color, dan lainnya.

Dengan menggunakan layar LCD berukuran 3 inci, Olympus SP-810UZ dapat memudahkan anda ketika menggunakan mode video recording. Untuk kualiti video yang dihasilkan pula, kamera ini mampu menghasilkan kualiti video HD 720p. Disamping itu, kamera ini sesuai menemani perjalanan anda untuk mendokumentasikan tiap pemandangan atau monumen yang anda temui dengan jelas, baik gambar mahupun video. Olympus SP-810UZ ini akan dilancarkan awal September ini dengan harga anggaran RM 983.00.

Ahad, 4 September 2011

Casio Exilim EX-ZS15


Hadir dengan gaya baru, kamera casio kompak ini menampilkan design yang lebih "user friendly" dari seri sebelumnya. Dilengkapi dengan LCD layar sentuh (Touch Screen) sebesar 3 inci dan digabungkan fungsi baru yang dimiliki casio seperti "touch Shutter" menjadikan kamera ini patut di miliki. Seperti yang diberitahu, fungsi touch shutter ini akan memudahkan anda dimana dengan sekali sentuh akan muncul tetapan autofokus dan ia akan terus merakam foto. Skrin sesentuh ini juga berguna untuk memilih mod jenis rakaman di mana semuanya dimuatkan dalam menu yang tersusun kemas. Imej yang disimpan juga boleh dilihat dengan cara membuka halaman pada skrin sesentuh itu.  Ini menjadikan casio exilim ex-zs15 baik untuk mereka yang sudah menjadi fotografer profesional mahupun yang masih permulaan dalam mengambil dan memperbesarkan gambar disaat bergambar.

Kamera casio kompak Exilim EX-ZS15 ini menawarkan resolusi pixel efektif sebesar 14,1 megapixel serta dilengkapi dengan lensa wide-anggel 26mm dan zoom optical  sebanyak 5 X sudut luas. Selain itu, yang menjadi keunggualan dari kamera casio exilim EX-ZS15 ini adalah fiture deteksi wajah yang terdapat didalamnya dan perakam video HD (1280 x 720) yang dapat merakam dengan hasil yang bagus. Kamera Casio Compact Exilim EX-ZS15 hadir dengan pilihan atau varian warna perak, merah dan hitam. Bagi harganya pula, casio belum secara rasmi meriliskan harga baik untuk pasar eropa maupun asia.

Sabtu, 3 September 2011

Bateri Rosak Guna Semula


Salam...Percayakah anda, bateri-bateri rosak boleh digunakan semula. (buka bateri ko tapi bateri yang tidak tahan lama apabila dicaj)
Tahukah anda , bateri-bateri yang boleh dicas semula sahaja (rechargeable battery only ) Seperti bateri telefon bimbit , digital camera, video camera , alat-alat permainan elektronik dan lain-lain lagi masih boleh digunakan semula walaupun sekarang anda dapati ia sudah tidak dapat lagi menyimpan cas kerana bateri-bateri itu sudah lama diulangkali cas maka jangka hayat penyimpanan casnya akan hilang disebabkan struktur molekul dalam bateri tersebut sudah tidak padat dan teratur untuk penyimpanan cas. Tolong jangan buang bateri tersebut, saya akan mengajar anda cara-cara memperbaiki susunan struktur molekul supaya ia boleh digunakan semula seperti keadaan sebelumnya. Anda dapat membaikpulihnya semula dengan cara……

Discaskan bateri tersebut ( pasang bateri pada peralatan sehingga cas dalam bateri hilang kesemuanya) Kemudian, bungkuskan bateri yang telah discas (dibuang cas) itu dengan kertas atau suratkhabar dan simpankannya ke dalam peti sejuk bahagia pembekuan air batu selama 3 hari. Selepas itu, keluarkan bateri tersebut dari peti sejuk dan biarkan ia hilang kesejukannya di luar selama 1 hari .Selepas semuanya selesai, anda boleh mengecas semula bateri tersebut sehingga penuh dan digunakan semula seperti sebelumnya.

Perhatian :-

Hanya bateri pepejal ( isinya pepejal juga ) yang boleh dicas semula ( rechargeable battery only ) sahaja boleh
mengguna cara begini. Bateri kereta atau bateri-bateri lain yang bercecair tidak boleh digunakan dengan cara begini. Sekian sahaja. Kalau ada tips lain nanti saya kongsi lagi.

Linksys SE2800 / SE2500 / SE1500


Salam...Lagi produk terbaru. Cisco, kembali meluncurkan tiga rangkaian terbaru switch Linksys mereka iaitu Linksys SE1500 5-Port Fast Ethernet Switch, Linksys SE2500 5-Port Gigabit Switch, dan Linksys SE2800 8-Port Gigabit Switch.

Peranti terbaru ini mempunyai kelebihan untuk memperluaskan jaringan rumah dan memberikan kemudahan untuk menghubungkan peranti lain melalui sambungan kabel seperti komputer, printer, peranti storan, scanner, console game dan tv internet.  

Selain itu, Linksys SE2800 dan SE2500 juga mampu menampung kelajuan sehingga 1000 Mbps iaitu 10 kali ganda lebih laju dari Ethernet biasa serta sesuai untuk perkongsian fail dan media yang pantas. Dengan menggunakan teknologi kepentingan trafik QoS untuk mengesan port secara automotik bagi mengoptimakan kelajuannya bagi setiap peranti yang disambungkan. Manakala untuk SE1500 kelajuan yang mampu dicapai adalah 100 Mbps dengan sambungan berwayar. Disamping itu ia juga mempunyai ciri padam sendiri automatik jika ada port yang tidak digunakan selain mod tidur untuk port yang   tidak digunakan dan penjimatan kuasa bagi port kegunaan sementara.     
Harga untuk peranti ini adalah RM 220.00 untuk Linksys SE2800, RM 150.00 untuk Linksys SE2500 dan RM 90.00 untuk Linksys SE1500.



Sony NWZ - A860


Menarik tak? tentu ramai yang suka dengan rekabentuk Sony yang baru inikan? Untuk pengetahuan semua, Sony baru sahaja melancarkan Sony NWZ-A860 iaitu pemain walkman yang menawarkan pengalaman audio terbaik. Ia juga mempunyai aliran Bluetooth, skrin sesentuh audio, video dan perkongsian foto tanpa wayar. Selain itu, peranti ini juga menggunakan teknologi Sony Clear Audio yang terdiri dari Dynamic Sound Enhancement Engine, Clear Stereo dan Clear Bass Audio Technologies untuk bunyi yang bagus. Teknologi baru New S-Master MX mengurangkan tahap gangguan audio dan pengalaman bunyi lebih baik. Terdapat toucscreen 2.8 inci WOVGA 400  x 240 TFT yang menjanjikan gambar penuh warna. Dengan ciri Photo Transfer, pengguna boleh berkongsi foto dengan peranti berkeupayaan Bluetooth. NWZ-A860 didatangkan dalam dua kapasiti iaitu 8GB dan 16GB. Harga anggaranya ialah RM 535 untuk 8GB dan RM 650 untuk 16GB.

Jumaat, 2 September 2011

WD My Book Studio


Salam semua, baru - baru ini Western Digital (WD) mengumumkan bahwa generasi terbaru dari produk external hard drive mereka iaitu My Book Studio yang disesuaikan dengan komputer Mac dan Apple Time Machine.

Produk ini tersedia dengan kapasiti storan 3 TB. Besar tu....Rekabentuk kekisi aluminiumnya sesuai dengan penampilan komputer Mac dan ia juga berfungsi meyejukan drive ketika digunakan. Selain itu, ia juga menggunakan pemacu WD Caviar Green membuatkan kipas luaran tidak diperlukan semasa digunakan sekaligus mengurangkan bunyi bising dan memanjangkan jangkan hayat pemacu tersebut.

Selain itu, external hard drive My Book Studio merangkumi semua aspek dan kelebihan yang membuatkannya menjadi salah satu penggemar di kalangan profesional kreatif dan pengguna komputer Mac, termasuk Firewire 800/400 dan USB 2.0 interface, perisian simpanan automatik, pengurusan pemacu, perlindungan kata laluan serta enkripsi perkakasan.

Apa yang saya tahu, WD My Book Studio hadir dengan kapasiti storan 1TB, 2TB dan 3TB dan harga yang disarankan adalah RM 399 untuk 1TB, RM 509 untuk 2TB dan RM 669 untuk 3TB. Bagi saya harga tu ok lah kan, kira harga yang mampu dimiliki.
make cash
 

Suka Bual Blogger Templates Designed by productive dreams | Free Wordpress Templates. presents HD TV Watch Futurama Online. Featured on Singapore Wedding Cakes. © 2011