Rabu, 29 Februari 2012

Cinta Kura-Kura 2012



Hahaha.....aku baca tajuk filem ni pun dah nak tergelak , kenapa?? yelah ada ke cinta kura-kura??. Setahu aku lah kan, cinta ni macam cinta pandang pertama ke (ceh wahhh), cinta monyet ke, ni cinta kura-kura macam mana tu???. Oklah berhenti gelak, kekeke...Filem ni sebenarnya mengisahkan seorang remaja yang berusia 21 tahun dan mempunyai seekor kura-kura yang boleh berkata-kata, ahhh... berkata-kata macam pelik je bunyinya. Korang boleh baca sinopsis kat bawah ni sikit...


Sinopsis

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seekor kura kura yang boleh berkata-kata.Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik.


Korang dah bacakan sinopsis filem ni, macam mana???kalau tak berapa faham korang bolehlah tonton video trailer filem ni kat bawah ok. Kepada korang yang suka komedi romantik, filem ini bakal bertemu korang dipawagam berdekatan pada 1 Mac 2012 dan antara barisan pelakonnya ialah Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril sebagai pelakon utama. Filem ini merupakan salah satu filem terbitan KRU. Jom ramai-ramai kita tengok kura-kura bercakap.



Selasa, 28 Februari 2012

Samsung Galaxy Tab 7.7 Serba Baru



"Samsung Galaxy Tab 7.7 serba baru". Yap samsung lagi hehehe.....Baru-baru ini samsung telah memperkenalkan kepada pengguna semua iaitu tablet mudah alih pertama di dunia dengan menggunakan Super AMOLED Plus Display untuk korang yang mementingkan gaya dan tampil elit. Tablet ini menampilkan Super AMOLED Plus Display, dengan resolusi tinggi skrin pintar yang memberikan korang pengalaman menonton yang sangat menakjubkan selain dari saiznya yang unik memudahkan ia dibawa ke mana saja untuk pelbagai kegunaan yang tidak pernah difikirkan oleh korang semua. Tablet ini didatangkan dengan salutan logam yang menarik dan dilengkapi ciri-ciri tersendiri.

Dengan terhasilnya Galaxy Tab 7.7, ini menunjukkan komitmen berterusan dari pihak Samsung kepada inovasi selain menjadi antara yang terbaru dipasarkan dengan ciri-ciri ringan, kuat, malah termaju dari segi teknologi (wooh canggih tu...). Disamping itu, dengan berat hanya 340 gram dan 7.89mm nipis, Samsung Galaxy Tab 7.7 ini adalah salah satu daripada kebanyakan peranti mudah alih di pasaran yang memberikan keselesaan dan kesempurnaan untuk diletakkan dalam poket, tas tangan atau jaket.


Dilengkapi dengan pemproses teras dua 1.4GHz dan Android Honeycomb 3.2, ia menjadi pek yang lengkap untuk korang semua dan pada masa sama, mengekalkan reka bentuk yang paling memikat. Selain menikmati muat turun dengan pantas, penyambungan segera dan pengalaman menonton maksimum, Galaxy Tab 7.7 juga membolehkan korang membuat panggilan suara dan video tanpa menggunakan handfree. Dengan rangkaian HSPA + 21 Mbps, korang akan mengalami pengalaman muat naik dan muat turun yang sangat pantas disamping ia juga dilengkapi dengan bateri 5100 mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam masa main balik video tanpa menjejaskan hayat bateri itu (bolehlah korang main sampai puas ye tak???). Samsung Galaxy Tab 7.7 dijual pada harga RM2,099 dan boleh didapati di semua outlet Samsung. So apa lagi jom dapatkan sebijik sorang.

Isnin, 27 Februari 2012

Keramat 2012


‘Apabila Keramat dibuka…Nyawa galang gantinya…’

"Keramat"!
yap, satu lagi filem bergenre seram yang diterbitan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd telah ditayangkan dipawagam berdekatan korang pada 12 Januari 2012 yang lalu. So kepada korang yang minat, suka, dan gemarkan filem seram, aku syorkan korang pergilah tonton, sebab pada pendapat aku lah kan, filem ini sangat menarik cuma ending dia je yang kurang best sikit. Jadi sebelum korang semua tonton, dekat sikit ada sikit sinopsis pasal filem ni. Bacalah ye hehehe......


Sinopsis Filem


Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah kerana telah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat daripada itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampung yang diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati kerana cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Macam mana, korang tak rasa ke nak tonton filem ni??? aku dah tengok. Jadi kepada korang yang nak tonton filem ni tapi malas nak pergi pawangam macam aku boleh lah download filem tu kat sini ataupun klik je mana-mana link yang kat bawah ni.

PautanFilem Keramat 2012 (RMVB)
Filem Keramat 2012 (RMVB)



Jom sama-sama tonton......



Duit Online Dengan Ipanelonline



Korang mahu tak cari duit tambahan secara online? tanpa modal walau sesen pun, hanya jawab survey yang diberi. Nak tahu?? Ok aku akan bagi tahu...Lihat gambar disebelah, hehehe.....itulah jawapannya IPANELONLINE. Sebelum tu jom kita kenal dulu apa itu ipanelonline..

Apa itu Ipanelonline???

Ipanel telah ditubuh pada tahun 2004. Kami adalah sebuah syarikat kaji selidik yang profesional. Dalam masa yang singkat, melalui usaha kami, iPanel telah mempunyai ahli dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Philippines, Vietnam dan lain-lain.

Ok korang dah baca?? Maknanya ipanelonline ni dah lama lah wujud cuma aku le lah yang baru tahu hehehe....(hai..apalah aku ni ketinggalan zaman betul. ishishish). Ok lahkan, better late than never betul tak?. Kepada yang dah lama join tahniah! Maybe duit korang dah berkepor-kepor kan? hehehe tapi kepada yang baru tahu jangan risau, masih belum terlambat untuk korang semua join. Macam aku, baru je join bulan lepas bulan ni alhamdulillah dah dapat cashout walaupun tak banyak. So tunggu apa lagi jom join! klik je sini.


Cara daftar cukup mudah....

  1. Klik link ni.
  2. Korang Isi borang pendaftaran. Mudah je, dalam 5 minit dah boleh siap. Macam daftar akaun yahoo je.
  3. Selepas lengkap borang permohonan korang hantar ke ipanelonline, korang akan menerima satu emel jemputan dari iPanelonline (emel yang korang gunakan untuk mendaftar). Korang dikehendaki mengaktifkan akaun korang melalui jemputan emel tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran korang.
  4. Login semula ke ipanelonline di Homepage iPanel dan jawab 2 kaji selidik di bahagian survey ahli. Klik je mana-mana tajuk survey yang anda suka. Ini penting untuk menunjukan yang korang adalah ahli yang aktif.
  5. So macam mana? senang je kan? Setiap kaji selidik yang korang jawab, korang akan mendapat mata ganjaran. Kumpul banyak-banyak mata ganjaran ni, bila dah banyak, boleh lah korang tebus dengan wang tunai. Minimum 500 point untuk Rm5.00. Ingat untuk cashout korang perlukan akaun paypal. Jadi korang yang belum ada akaun paypal tu bolehlah buat dulu ye.

Tips
Untuk tambah mata dengan cepat, aku galakan korang selalu semak survey baru dalam ipanelonline. Selain itu, korang boleh terbitkan suara members dan topik hari ini. Ini juga membantu untuk menambahkan point korang semua. Kalau boleh setiap hari lah ye...Korang boleh taip apa-apa yang korang suka, macam update status dekat facebook je. So apa lagi jom join. Jadi sama-sama kita jana pendapatan secara online.




Selasa, 14 Februari 2012

Sony Tablet S



Hai semua...Jika korang lihat gambar disebelah, apa yang korang fikirkan???hehehe.... yaap.. betul.. Apalagi kalau bukan tabletkan?... Ok lah, baru-baru ini Sony ada memperkenalkan Tablet keluaran mereka iaitu Sony Tablet S. Jika korang lihat pada bentuknya, tablet ini seakan-akan buku yang dilipat bukan?. Ini memberikan kelainan yang begitu ketara dalam rupa bentuk tablet ini.

Jom kita lihat apa kelebihan tablet ini berbanding tablet lain. Ok, untuk pengetahuan korang, sony tablet S ini menggunakan Android Honeycomb yang telah dipertingkatkan kepada Android 3.2 untuk beropersai dan prosesor NVIDIA Tegra 2 Dual Core ARM Cortex A9 1Ghz menjadikan tablet ini lancar semasa digunakan. Dengan layar selebar 9.4 inci, ia dikatakan sudah memadai untuk pengguna malakukan aktiviti harian selain jenis layar yang digunakan adalah TruBlack dimana ia dapat mengurangi silau dan pantulan cahaya matahari. Sony Tablet S ini juga menggunakan slot memori eksternal SD / SDHC untuk simpanan data dan terdapat dua jenis tablet iaitu 16GB dan 32GB. Harga anggaran pasaran adalah sekitar RM 1,500.00 untuk 16GB dan RM 1,800.00 untuk 32GB. Jadi apa lagi...kepada korang yang berminat boleh lah rembat satu hehehe.....





make cash
 

Suka Bual Blogger Templates Designed by productive dreams | Free Wordpress Templates. presents HD TV Watch Futurama Online. Featured on Singapore Wedding Cakes. © 2011