Ahad, 4 November 2012

Apa itu Churpchurp?

0ulasan
Churpchurp! apa benda tu?
Macam ni, sebenarnya aku pun baru tahu benda alah ni tapi saja je suka-suka aku gatal tangan nak tulis (terlebih rajin lah plk) hehehe... Ok, setakat yang aku tahu lah, churpchurp ni adalah sebuah media pengiklanan yang bergerak atas platform social networking. Hanya dua platform yang digunakan iaitu facebook dan twitter. Senang cerita, churpchurp ni adalah anak syarikat kepada nuffnang. Aku rasa bloggers semua mesti kenal nuffnang kan?? Konsep churpchurp dengan nuffnang lebih kurang sama je, tapi apa yang membezakannya ialah churpchurp tak mengeluarkan iklan seperti di blog.

Untuk pengetahuan korang, churpchurp akan membayar kepada korang setiap iklan yang diklik. Jumlah bayaran tidaklah terlalu mahal antara 20sen hingga 40sen bergantung kepada jenis iklan. (oklah tu kan, bolehlah buat tambah duit poket???). Untuk cashout duit yang ada dalam akaun churpchurp, jumlah minimum yang korang perlukan adalah RM100 dan caj RM1 akan dikenakan bagi setiap cashout yang berjaya. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan duit tersebut adalah 30 hari selepas hari terakhir bulan tersebut dimana ganjaran korang di cash-out. Tapi kalau tak nak cashout nak tunggu banyak pun boleh...no hal lah hehehe.

Apa tunggu lagi Jom Join Churpchurp

Setelah mendaftar, korang akan diminta untuk activate facebook dan twitter. Kalau nak activate salah satu pun boleh. Dalam satu-satu masa churpchurp akan memberi korang assignment untuk pengiklanan dan korang perlu menghasilkan tweet atau post untuk mengiklankan produk atau assignment tersebut. Sebelum tweet dan post, churpchurp akan semak untuk approve. Semakin ramai friends atau follower yang ada dalam twitter dan facebook korang, semakin tinggi rate pembayaran.

Korang yang ingin berdaftar boleh daftar disini.
Untuk contoh iklan lain klik sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini,

Selasa, 27 Mac 2012

Apa itu says.my?

0ulasan
Semalam aku tulis apa itu ChurpChurp...Hari ni aku jumpa lagi satu program yang boleh kita guna untuk buat duit lebih he3....Ok, mungkin ramai yang belum tahu apa itu Says.My.

Jap, mari sini aku cerita sikit setakat yang aku tahulah, Says.My boleh dikatakan lebih kurang ChurpChurp juga. Mereka membayar kita berdasarkan iklan yang diklik oleh kekawan korang yang berada dilaman social. Says.My ini menggunakan platform social networking sebagai tempat untuk mengilankan iklan mereka. Hanya dua platform yang digunakan iaitu facebook dan twitter.

Selain itu, apa yang aku lebih suka tentang Says.my berbanding ChurpChurp adalah Cashoutnye. Untuk cashout, jumlah minimum yang diperlukan dalam akaun kita adalah RM 50 sahaja. Sikit bukan??? so cepatlah sikit kita boleh cashout berbanding ChurpChurp.

So apa lagi, Jom Join sini untuk mendaftar :-)

Contoh iklan lihat dekat sini, sini, sini, sini,

Sabtu, 17 Mac 2012

Apa itu BLIND.GD

0ulasan
Apa itu BLIND.GD


Apa itu Blind.GD.???Ok mari sini aku bagi tau, ni yg aku tahu lah, blind.GD boleh dikatakan sama je dengan Says.my dan ChurpChurp. Kempen-kempen yang terdapat di blin.gd pun lebih kurang sama dengan Says.my dan ChurpChurp, cuma yang bezanya adalah harga yang dibayar untuk post iklan kita iaitu 0.30 sen untuk setiap iklan berbanding dengan Saya.my dan ChurpChurp iaitu 0.20 sen. Jadi cepat lah lagi duit masuk ke akaun korang hehehe.....

Selain tu, untuk cashout akaun korang harus mempunyai RM100.00 itu syarat diorang dan duit korang tu terus masuk ke akaun bank korang dalam masa 60 hari selepas korang cashout. So apa lagi korang tak nak ke join benda alah ni??? just buat tambah duit poket sambil-sambil main facebook. Jadi kepada korang yang nak join boleh klik dekat sini
Untuk lihat contoh iklan boleh klik dekat sini

Jom sama-sama kita buat duit online.......

Isnin, 5 Mac 2012

7 Petala Cinta Filem Terbaru

0ulasan

"7 Petala Cinta" tajuk filem terbaru keluaran Metrowealth yang dijangka akan ditayangkan dipawagam pada 15 Mac 2012. Haaa, makin banyak lah pulak filem baru untuk tahun ni kan?? Ye tak?? ye tak??. Aku rasa oklah kan, ini membuktikan yang industri filem negara kita semakin berkembang dengan baik, ye tak???. Oklah berbalik pada filem ni, aku nak tanyalah pendapat korang semua bila tengok gambar kat atas tu, apa korang fikir???. Ya betul tu, filem ini mengisahkan tentang cinta romantik yang berunsurkan islamik. So kepada pengemar-pengemar filem seperti ini, bacalah sikit sinopsisnya kat bawah....


Sinopsis

Ok, filem ini mengisahkan tentang kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza. Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.


Hamka yang juga graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.


Sayangnya, entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.


Jom kita layan ost 7 Petala Cinta ni kejap...


Rabu, 29 Februari 2012

Cinta Kura-Kura 2012

0ulasan

Hahaha.....aku baca tajuk filem ni pun dah nak tergelak , kenapa?? yelah ada ke cinta kura-kura??. Setahu aku lah kan, cinta ni macam cinta pandang pertama ke (ceh wahhh), cinta monyet ke, ni cinta kura-kura macam mana tu???. Oklah berhenti gelak, kekeke...Filem ni sebenarnya mengisahkan seorang remaja yang berusia 21 tahun dan mempunyai seekor kura-kura yang boleh berkata-kata, ahhh... berkata-kata macam pelik je bunyinya. Korang boleh baca sinopsis kat bawah ni sikit...


Sinopsis

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seekor kura kura yang boleh berkata-kata.Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik.


Korang dah bacakan sinopsis filem ni, macam mana???kalau tak berapa faham korang bolehlah tonton video trailer filem ni kat bawah ok. Kepada korang yang suka komedi romantik, filem ini bakal bertemu korang dipawagam berdekatan pada 1 Mac 2012 dan antara barisan pelakonnya ialah Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril sebagai pelakon utama. Filem ini merupakan salah satu filem terbitan KRU. Jom ramai-ramai kita tengok kura-kura bercakap.



Selasa, 28 Februari 2012

Samsung Galaxy Tab 7.7 Serba Baru

0ulasan

"Samsung Galaxy Tab 7.7 serba baru". Yap samsung lagi hehehe.....Baru-baru ini samsung telah memperkenalkan kepada pengguna semua iaitu tablet mudah alih pertama di dunia dengan menggunakan Super AMOLED Plus Display untuk korang yang mementingkan gaya dan tampil elit. Tablet ini menampilkan Super AMOLED Plus Display, dengan resolusi tinggi skrin pintar yang memberikan korang pengalaman menonton yang sangat menakjubkan selain dari saiznya yang unik memudahkan ia dibawa ke mana saja untuk pelbagai kegunaan yang tidak pernah difikirkan oleh korang semua. Tablet ini didatangkan dengan salutan logam yang menarik dan dilengkapi ciri-ciri tersendiri.

Dengan terhasilnya Galaxy Tab 7.7, ini menunjukkan komitmen berterusan dari pihak Samsung kepada inovasi selain menjadi antara yang terbaru dipasarkan dengan ciri-ciri ringan, kuat, malah termaju dari segi teknologi (wooh canggih tu...). Disamping itu, dengan berat hanya 340 gram dan 7.89mm nipis, Samsung Galaxy Tab 7.7 ini adalah salah satu daripada kebanyakan peranti mudah alih di pasaran yang memberikan keselesaan dan kesempurnaan untuk diletakkan dalam poket, tas tangan atau jaket.


Dilengkapi dengan pemproses teras dua 1.4GHz dan Android Honeycomb 3.2, ia menjadi pek yang lengkap untuk korang semua dan pada masa sama, mengekalkan reka bentuk yang paling memikat. Selain menikmati muat turun dengan pantas, penyambungan segera dan pengalaman menonton maksimum, Galaxy Tab 7.7 juga membolehkan korang membuat panggilan suara dan video tanpa menggunakan handfree. Dengan rangkaian HSPA + 21 Mbps, korang akan mengalami pengalaman muat naik dan muat turun yang sangat pantas disamping ia juga dilengkapi dengan bateri 5100 mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam masa main balik video tanpa menjejaskan hayat bateri itu (bolehlah korang main sampai puas ye tak???). Samsung Galaxy Tab 7.7 dijual pada harga RM2,099 dan boleh didapati di semua outlet Samsung. So apa lagi jom dapatkan sebijik sorang.

Isnin, 27 Februari 2012

Keramat 2012

0ulasan
‘Apabila Keramat dibuka…Nyawa galang gantinya…’

"Keramat"!
yap, satu lagi filem bergenre seram yang diterbitan oleh Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd telah ditayangkan dipawagam berdekatan korang pada 12 Januari 2012 yang lalu. So kepada korang yang minat, suka, dan gemarkan filem seram, aku syorkan korang pergilah tonton, sebab pada pendapat aku lah kan, filem ini sangat menarik cuma ending dia je yang kurang best sikit. Jadi sebelum korang semua tonton, dekat sikit ada sikit sinopsis pasal filem ni. Bacalah ye hehehe......


Sinopsis Filem


Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah kerana telah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat daripada itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampung yang diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampung dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati kerana cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

Macam mana, korang tak rasa ke nak tonton filem ni??? aku dah tengok. Jadi kepada korang yang nak tonton filem ni tapi malas nak pergi pawangam macam aku boleh lah download filem tu kat sini ataupun klik je mana-mana link yang kat bawah ni.

PautanFilem Keramat 2012 (RMVB)
Filem Keramat 2012 (RMVB)



Jom sama-sama tonton......



make cash
 

Suka Bual Blogger Templates Designed by productive dreams | Free Wordpress Templates. presents HD TV Watch Futurama Online. Featured on Singapore Wedding Cakes. © 2011