
Hai semua...Jika korang lihat gambar disebelah, apa yang korang fikirkan???hehehe.... yaap.. betul.. Apalagi kalau bukan tabletkan?... Ok lah, baru-baru ini Sony ada memperkenalkan Tablet keluaran mereka iaitu Sony Tablet S. Jika korang lihat pada bentuknya, tablet ini seakan-akan buku yang dilipat bukan?. Ini memberikan kelainan yang begitu ketara dalam rupa bentuk tablet ini.
Jom kita lihat apa kelebihan tablet ini berbanding tablet lain. Ok, untuk pengetahuan korang, sony tablet S ini menggunakan Android Honeycomb yang telah dipertingkatkan kepada Android 3.2 untuk beropersai dan prosesor NVIDIA Tegra 2 Dual Core ARM Cortex A9 1Ghz menjadikan tablet ini lancar semasa digunakan. Dengan layar selebar 9.4 inci, ia dikatakan sudah memadai untuk pengguna malakukan aktiviti harian selain jenis layar yang digunakan adalah TruBlack dimana ia dapat mengurangi silau dan pantulan cahaya matahari. Sony Tablet S ini juga menggunakan slot memori eksternal SD / SDHC untuk simpanan data dan terdapat dua jenis tablet iaitu 16GB dan 32GB. Harga anggaran pasaran adalah sekitar RM 1,500.00 untuk 16GB dan RM 1,800.00 untuk 32GB. Jadi apa lagi...kepada korang yang berminat boleh lah rembat satu hehehe.....
0 ulasan:
Catat Ulasan